Resipi mama… sedap makan pada waktu petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Kacang/Kasturi

Resipi mama… sedap makan pada waktu petang.

BAHAN-BAHAN

  • Inti (Bahan A):
  • 1 bungkus kecil kacang hijau (direndam dahulu selama 1 1/2-2 jam)
  • 5 cawan air + 1 cawan santan
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 helai daun pandan
  • Kulit (Bahan B):
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan A: Rebus kacang hijau sehingga agak lembut. Jika masih agak keras tambahkan sedikit air lagi, kemudian bolehlah tambahkan gula perang, santan, daun pandan dan garam. Kacau sehingga kering dan lembut. Angkat.
  • Bahan B: Masukkan tepung ke dalam mangkuk, letak air kacau sehingga sebati. Jika pekat tambah lagi sedikit demi sedikit air, masukkan telur, serbuk kunyit dan garam. Adunan ini seperti hendak mengoreng pisang. Setelah siap, ambil inti kacang tadi dan gaulkan dengan tepung. Buat leper-leper dan masukkan ke dalam Bahan B dan goreng di atas api yang sederhana. Goreng sehingga kekuningan. Angkat. Siap untuk disantap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN