Versi bakar…..cuba la.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Cara Berlauk
Versi bakar…..cuba la.
BAHAN-BAHAN
- Untuk kuih cara:
- 1 biji telur
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- Garam / gula
- Untuk inti kuih cara:
- 6 keping daging dicincang halus (pakai daging cincang siap dah pun boleh)
- 1/2 biji lada benggala
- 3 biji kacang buncis dipotong halus (jika suka, kalau tak nak pun tak ape)
- 1 biji bawang besar dipotong dadu
- 2 sudu serbuk kari daging
- Sedikit daun bawang dipotong halus
- Sedikit daun sup dipotong halus
- Garam dan Ajinomoto
CARA PENYEDIAAN
- Untuk doh kuih cara, campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jangan cair sangat.
- Untuk inti, panaskan minyak. Masukkan serbuk kari yang di campur sedikit air masak sehingga naik minyak. Kemudian, masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukkan bawang, lada, kacang dan garam. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan daun sup, masak sehingga kering kuahnya.
- Panaskan oven. Sapukan mentega di dalam acuan dan masukkan doh kuih cara. Letak inti di atasnya. Masukkan ke dalam oven. Masak 170C sehingga 15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.
- ** Boleh dimasak macam biasa. Saya guna oven je sebab takde acuan kuih cara dan dapur yang saya gunakan adalah tanpa gas. Tapi sedap juga, sama rasanya macam kuih cara lain.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.