Untuk mereka yang berada di Jepun khasnya, enak dimakan bersama chikuwa, kanikama, maruten dan lain-lain……

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuah Yong Tau Fu

Untuk mereka yang berada di Jepun khasnya, enak dimakan bersama chikuwa, kanikama, maruten dan lain-lain……

BAHAN-BAHAN

  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka atau kurozato
  • Bijan goreng
  • Gula (kalau kurang manis)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • Sedikit Ajinomoto
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  • Setelah garing, angkat dan kisar cili kering dengan sedikit air.
  • Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  • Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • Masukkan garam, Ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
  • Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN