resepi dari mak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuah rojak best

resepi dari mak

BAHAN-BAHAN

  • 1/4 botol petis
  • 1 1/2 botol kuah rojak (boleh dibeli di pasaraya)
  • 1/6 daripada belacan bulat( digoreng dan dihancurkan lumat)
  • 1 botol kecil kicap manis kipas udang Habhal
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 60 ml kicap cair
  • 1 silinder gula melaka
  • 5 biji cili kering (digoreng dan ditumbuk lumat)
  • 10 biji cili api dipotong kecil(nak lebih pun boleh)
  • 300 g kacang tanah goreng (ditumbuk kasar)
  • 330 g gula pasir
  • garam secukup rasa
  • limau kasturi dua biji(ambil airnya)
  • 1 ulas bawang putih( kalau suka tumbuk dan masukkan dlm kuah)
  • bijan goreng( goreng tanpa minyak) secukupnya
  • Buah-buahan:
  • Timun, sengkuang, nenas, jambu batu, betik, mangga atau belimbing( dipotong koktail)
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan semua kicap ke dalam periuk, masak menggunakan api kecil. Masukkan gula pasir, melaka, biar hingga larut. Kacau.
  • Masukkan petis, kuah rojak, cili kering tumbuk, cili padi, belacan goreng dan kacau.
  • Kemudian masukkan air limau kasturi, kacang tanah, bijan goreng dan kacau sebati.Letakkan garam ikut citarasa.(saya letak secubit je)
  • Panaskan kuah selama 5-10 minit.dan sejukkan. Bolehlah dihidang bersama buah-buahan pilihan anda.
  • Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN