kuah rawon enak dimakan bersama lauk2 sampingan saperti sambal goreng, paru /ayam goreng, begedil, serunding dll…tapi yg wajib ada…sambal belacan!! pheww… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuah Rawon

kuah rawon enak dimakan bersama lauk2 sampingan saperti sambal goreng, paru /ayam goreng, begedil, serunding dll…tapi yg wajib ada…sambal belacan!! pheww… :)

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg daging / tetelan
  • 50gm buah keluak *
  • 1/2 sdm ketumbar *
  • 1/2 sdt jintan kasar *
  • 1/2 sdt jintan halus *
  • 3 biji buah keras *
  • 5 btg lada kering *
  • 1 btg serai *
  • 1/2” lengkuas *
  • 3 biji bawang putih *
  • 1” halia *
  • 1/2” kunyit hidup *
  • 6 biji bawang merah *
  • kisar bahan2 bertanda *
  • 2 biji limau kasturi diambil airnye
  • 4 helai daun limau disiat
  • secukup daun sop/bawang
  • secukup bawang goreng
CARA PENYEDIAAN
  • daging dipotong kecil..cuci bersih dan direbus bersama 2 liter air dan sedikit garam hingga empuk…ketepikan
  • tumis bahan kisar hingga naik minyak, masukkan daun limau kemudian masukkan daging dan air rebusan..masak hingga mendideh.
  • setelah mendideh masukkan garam dan air limau…cukupkan rasanye ,kecilkan api dan renihkan sebentar…boleh la dimatikan api.
  • bila menghidang taburkan daun sop/bawang dan bawang goreng.
  • **kuah rawon dimakan bersama nasi putih dan lauk2 sampingan nye… :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN