Kena masak lama sikit untuk lembutkan daging.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuah Kacang Daging

Kena masak lama sikit untuk lembutkan daging.

BAHAN-BAHAN

  • 300 g daging
  • 200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
  • 5 sudu gula merah/gula melaka
  • 2/3 cawan gula putih
  • Garam
  • 1 cawan air asam jawa
  • ½ cawan santan pekat
  • Bahan-Bahan Tumis:
  • 2 batang serai
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • ¼ cawan minyak masak
  • Bahan-Bahan Kisar: (goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 ulas bawang merah
  • 6 biji buah keras
  • 1 cm belacan
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh ketumbar
CARA PENYEDIAAN
  • Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar. (Setengah halus dan setengah kasar).
  • Daging direbus sehingga lembut. Keluarkan daging dan potong dadu. Stok daging disimpan untuk dimasukkan ke dalam kuah nanti.
  • Panaskan minyak, tumis serai hingga wangi. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  • Masukkan semua bahan kisar tadi. Biar garing sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan stok daging. Masukkan daging yang telah dipotong tadi.
  • Tambah gula merah, gula putih dan garam. Biar mendidih seketika.
  • Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat. Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.
  • Siap untuk dihidang…

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN