salah satu dari masakan harian saya….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kormak Ikan

salah satu dari masakan harian saya….

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan tenggiri yg sedang
  • 4 sudu besar rempah kormak
  • 1/2 biji bawang besar *
  • 1″ halia *
  • 4 bawang putih *
  • 1 serai dititek
  • 1/2 biji bawang besar dihiris
  • 1 mangkok santan
  • 4 cili hijau dibelah 2 jgn putus
  • 2 biji tomato dipotong 2
  • 1/2 biji kobis kecil dibelah 4 (jgn buang mempulurnye supaya daun kobis tidak berderai)
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • ikan dipotong2 beberapa bahagian, dicuci bersih. Buboh sedikit kunyit dan garam lalu digoreng, ketepikan.
  • kisar bahan2 bertanda * kemudian campurkan dgn rempah kormak dan gaul rata.
  • tumis bawang hiris sehingga wangi kemudian masukkan rempah dan serai, sehingga agak garing sedikit masukkan santan sedikit2 sambil dikacau supaya rempahnye tidak bergentel.
  • masak hingga mendideh lalu masukkan kobis dan garam, bila kobis dah 1/2 masak masukkan pula ikan dan cili hijau.
  • kecilkan api biarkan sehingga kuahnye pekat sedikit.
  • akhir sekali masukkan tomato biji, masak sebentar boleh lah dimatikan api.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN