Kuih Tradisional Kelantan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Koleh Ubi Keledek

Kuih Tradisional Kelantan

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg keledek putih
  • 500ml santan pekat biasa (santan kotak tak sesuai)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji telur (dipukul sedikit) optional
  • 200gm tepung beras
  • daun pandan
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 150gm gula melaka (boleh ditambah jika tak cukup manis)
  • 150gm gula putih
  • 50ml air
CARA PENYEDIAAN
  • Keledek direbus sehingga empuk. Kupas kulitnya kemudian dilecek. Ketepikan.
  • Masak gula dan gula melaka bersama air hingga gula larut. Ketepikan.
  • Pukul telur bersama santan dan masukkan air gula tadi. Tapis dan masak di dalam periuk di atas api sederhana bersama daun pandan dan bunga cengkih hingga nampak berminyak. Keluarkan daun pandan dan masukkan ubi, gaul rata.
  • Apabila adunan hampir kering, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil digaul rata supaya lebih kental. kacau selalu supaya tidak hangus.
  • Kacau sehingga kering dan adunan tidak melekat diperiuk. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN