Resipi olahan, buah kiwi baki buat tat buah hari tu…..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kiwi Fruit Muffin

Resipi olahan, buah kiwi baki buat tat buah hari tu…..

BAHAN-BAHAN

  • 85 g mentega, pada suhu bilik
  • 85 g gula halus
  • 175 g tepung gandum*
  • 1 camca besar rata serbuk penaik*(*di gaul rata dan diayak)
  • 2 biji buah kiwi, dikupas dan cincang kasar
  • 1 genggam badam keping, dipanggang sebentar dan ramas kasar
  • 2 biji telur Gred A
  • 80 ml susu segar
  • 1/2 camca teh esen vanila
  • 2 titis pewarna hijau epal
CARA PENYEDIAAN
  • Krimkan mentega bersama gula hingga gula hancur. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga gebu. Masukkan esen vanila.
  • Dengan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Kemudian masukkan cincangan buah kiwi, badam ramas dan pewarna hijau, gaul rata menggunakan spatula.
  • Masukkan ke dalam acuan muffin (kurang lebih 3/4 penuh) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C kurang lebih 25 minit. Sejukkan atas redai sebelum dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN