Kimchi Emergency

Resepi kawan. Dah buat terus dapat order dari penggemar kimchi :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kimchi Emergency

Resepi kawan. Dah buat terus dapat order dari penggemar kimchi :)

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji kobis cina panjang (yang besar,belah 4 & potong panjang 2 inci)
  • 1/2 cawan garam.
  • 1 cawan serbuk cili (saya guna babas je)
  • 1/2@1 cawan kicap ikan (hati2 jangan tuang semua sekali sbb masin)
  • 4@5 sudu besar gula
  • 4@5 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 batang carrot (potong saiz batang mancis)
  • 3 batang daun bawang cina besar (potong serong)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan kobis dalam besen. Tabur garam 1/2 cwn, biarkan 20-30min. Balik2kan setiap 10 min. Bila air kubis dah habis keluar, basuh bersih dengan air dan toskan kubis.
    Untuk Pes:

    Gaul serbuk cili, kicap ikan,gula, bawang putih,carot,daun bawang sampai rata. Air carot akan keluar dan pes akan terbentuk

  • Rasa pes, mesti cukup masin, manis & pedas. Jika tak cukup tambah sesedap rasa.
  • Bila dah ok, campur kobis yang telah dicuci & ditos. Masuk dalam bekas & padatkan. Simpan dalam peti sejuk.
  • Boleh makan terus jika nak. Boleh letak sedikit diluar jika nak cepat jadikan jeruk. Tahan lama simpan dalam peti ais.
  • Katanya kimci ni elok dimakan untuk kesihatan usus kerana ada bakteria baik terbentuk semasa dijeruk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago