Resipi mudah untuk wanita berkerjaya.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ketam Masak Sos Cili Dengan Telur
Resipi mudah untuk wanita berkerjaya.
BAHAN-BAHAN
- Ketam (banyak ikut suka, dibersihkan)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Sos cili secukupnya
- Telur 1 biji (kalau telur kecil boleh la guna 2 biji, pukul)
- Minyak untuk menumis
- Air
- Garam, gula dan serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN
- Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Kuantiti semua bahan agak-agak. Ikut kuantiti ketam. Saya buat macam itu la.
- Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan sos cili dan air. Kalau 5 ketam sederhana besar, masukkanlah 5 atau 6 sudu besar sos cili itu. Air agak separas ketam.
- Bagi mendidih kemudian boleh masukkan ketam. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa.
- Bagi mendidih lagi baru masukkan telur yang telah dipukul tadi. Masak 2 hingga 3 minit lagi, boleh dihidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.