Resepi dari mak lagi

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerutup Ayam

Resepi dari mak lagi

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam (dipotong 12)
  • *20 tangkai cili kering
  • *15 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *2 batang serai (hiris)
  • **2 sdb serbuk ketumbar
  • **1 1/2 sdb serbuk jintan putih
  • **1 sdb serbuk jintan manis
  • **3 biji buah pelaga
  • **1 inci kulit kayu manis
  • 750ml santan pekat (Guna santan tin lg senang)
  • 2 sdb hirisan gula melaka
  • 1 senduk nasi kerisik
  • 3 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ayam dan kisar bahan bertanda *.
  • Panaskan minyak tumis bahan yang bertanda ** hingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar dan gaul rata, biar hingga naik minyak.
  • Masukkan ayam dan santan pekat, gaul hingga sebati.
  • Bila ayam telah empuk, masukkan gula melaka, kerisik, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau hingga betul-betul sebati.
  • Boleh hidang dgn nasi kegemaran, nasi impit atau pulut.
  • #Ayam boleh juga digoreng sebelum masuk dlm gulai.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN