Resipi sempoi yang sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Keropok Lekor Ikan Tuna

Resipi sempoi yang sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin kecil tuna flakes (185 gram)
  • 1 cawan tepung jagung
  • garam/serbuk lada hitam secukup rasa
  • air untuk merebus
CARA PENYEDIAAN
  • Toskan air atau minyak ikan tuna. Masukkan isi ikan tuna dalam mangkuk dan gaulkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg tidak melekat ditangan.
  • Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa (serbuk lada hitam optional). Bahagikan kepada 4 bahagian dan gentelkan panjang panjang macam gambar sebelah.
  • Panaskan air didalam periuk hingga mendidih. Masukkan keropok tadi dan rebus sehingga keropok timbul. Angkat, toskan, dan biarkan sejuk.
  • Setelah sejuk, hiris nipis dan bolehlah digoreng seperti biasa. Enjoy!!!
  • NOTA: Kalau guna tuna dlm air, lepas ditoskan air, tuna jadi kering. Jadi masa langkah 1 tu, masukkan sedikit air supaya isi tuna dan tepung boleh jadi doh. Kalau guna tuna dalam minyak, selalunya lepas tos pun masih berminyak lagi, jadi tak payah masuk air. Lebihan minyak tu pun dah cukup untuk jadi doh.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN