Pucuk-paku pun boleh juga. Resipi daripada suami tersayang, masakan Perak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerabu Tauge

Pucuk-paku pun boleh juga. Resipi daripada suami tersayang, masakan Perak.

BAHAN-BAHAN

  • Sebungkus tauge (dalam 50 sen kalau di Malaysia)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 7 biji cili padi (dihiris)
  • Seinci belacan (dibakar)
  • Sedikit udang kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • 2 sudu makan air perahan lemon/limau
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam & gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Tauge/pucuk-paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jangan lama sangat, nanti lembik pula.
  • Kemudian, toskan airnya. Ketepikan dulu.
  • Hiris halus bawang merah & cili padi.
  • Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau hendak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
  • Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam tauge/pucuk-paku. Gaul rata.
  • Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jangan biarkan kerisik berketul.
  • Akhir sekali, masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN