makan ratah2 pun best kerabu nih..:)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerabu si jantung hati

makan ratah2 pun best kerabu nih..:)

BAHAN-BAHAN

  • 1 jantung pisang
  • 1 ikat pucuk paku
  • 2 bawang besar – dihiris
  • 2 biji cili hijau dan merah
  • 1/2 kilo kerang – direbus dan kopek kulitnya
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 biji limau nipis – diambil jusnya
  • bahan sambal- ditumbuk macam buat sambal belacan
  • 15-20 cili padi
  • 2 cili merah
  • 1 sudu besar belacan
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 bawang putih
  • * lupa lak nak letak…2 ekor ikan kembong direbus sekejap…ambik isi nya dan tumbuk…tumbuk asing bukan dgn sambal belacan….
CARA PENYEDIAAN
  • jantung pisang dibasuh bersih dan buang kulit yg keras…belah dua dan rebus dgn air + 1 sudu kecil garam. air tu biar hapus jantung pisang tadi….rebus sampai jantung lembut dan empuk. dah empuk…toskan dan boleh la dihiris
  • sayur paku…ambik bhgn yg boleh dimakan….rebus dgn air didih….jgn lama sgt nanti terlalu lembik lak….dah masak…toskan dan tepikan.
  • tumbuk bahan2 sambal macam tumbuk sambal belacan….dah siap masukkan dlm mangkok yg besar.
  • campur bahan2 lain dalam manggok yg berisi sambal belacan tadi…..kerang, ikan ,bawang besar, pucuk paku, jantung pisang, cili , santan dan limau nipis….gaul2 rata…rasa dulu…kalau kurang garam dan gula boleh tambah lagi….boleh jugak tambah lagi santan kalau nak berkuah dan tambah limau nipis lagi kalau tak cukup masam…ikut la selera sendiri…dah siap..
  • kalau nak ikut kan resepi asal guna jantung pisang je sebagai bahan asas dia….so kalau nak buat guna jantung pisang je…pakai la dua biji jantungnya biar dpt byk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN