Saya cuba semalam.. sedap juga.. Resipi Chef Rossham Rusli di Kuali.com.. terima kasih Chef.. untuk rujukan, rujuk di sini – http://kuali.com/recipes/view.aspx?r=4282

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerabu Limau Bali

Saya cuba semalam.. sedap juga.. Resipi Chef Rossham Rusli di Kuali.com.. terima kasih Chef.. untuk rujukan, rujuk di sini – http://kuali.com/recipes/view.aspx?r=4282

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 1 biji limau bali saiz sederhana, ambil isinya
  • 1 biji timun, dipotong jejari – saya guna timun Jepun dan sagat menjadi jejari halus
  • Bahan B:
  • 30 gm bawang kecil, hiris nipis
  • 10 gm bawang putih, dicincang
  • 30 gm daun pudina, dicincang
  • 10 gm daun ketumbar, dihiris
  • 80 gm kacang tanah, disangai dan tumbuk
  • Bahan C:
  • 5 sudu besar jus limau nipis
  • 3 sudu besar sos ikan/nampla
  • 2 sudu besar air – saya abaikan
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu teh garam
  • 2 sudu teh sos cili
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan C, gaul rata.
  • Masukkan B ke dalam C, gaul hingga sebati.
  • Kemudian masukkan A dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN