Bagaimana cara nak masak Kerabu Kacang Kuda?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerabu Kacang Kuda

Bagaimana cara nak masak Kerabu Kacang Kuda?

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan kacang kuda (Direndam selama 7-8 jam) 
  • 200 gram udang segar (Dibuang kulit) 
  • 1 biji mangga muda 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Rebus kacang kuda dengan sedikit garam sehingga lembut. Angkat dan tuskan. 
    2. Masukkan udang ke dalam kuali bersama sedikit garam dan air. Rebus 
      sebentar kemudian tuskan. 
    3. Buangkan kulit mangga dan parut kasar. (Boleh juga dicencang halus) 
    4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan tuangkan jus limau, garam, dan gula. 
    5. Gaul sebati dan sedia dihidangkan,

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN