Kek ni sedap untuk hidangan minum petang, walaupun tak ada topping tapi tetap sedap dan gebu…:)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Susu (Stim)

Kek ni sedap untuk hidangan minum petang, walaupun tak ada topping tapi tetap sedap dan gebu…:)

BAHAN-BAHAN

  • 1 buku butter (250gm)
  • 5 biji telur gred A
  • 3/4 cawan gula castor
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Putar butter dan gula sampai kembang.
  • masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sampai kembang atau sebati.
  • masukkan tepung sedikit-sedikit dan putar lagi sampai sebati.
  • campur kesemua susu pekat + susu cair + air dalam 1 bekas dan kacau sebati. Tuang ke dalam adunan tepung tadi. Putar lagi hingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak ataupun griskan loyang dengan butter.
  • Kukus kek selama 1 jam atau sampai masak. cucuk dengan lidi di tengah adunan untuk memastikan kek sudah masak atau belum kalau lidi keluar bersih maknanya kek dah masak. Angkat dan sejukkan sebelum di potong…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN