Resepi bahan dr aunty,, simple tak perlu perap I pakai letak je bahan2, hasilnya marvelous. Asal adunan dibakar, ttp I bahagikan 2 untuk bakar dan kukus, memang sedap.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
kek sponge/gula hangus
Resepi bahan dr aunty,, simple tak perlu perap I pakai letak je bahan2, hasilnya marvelous. Asal adunan dibakar, ttp I bahagikan 2 untuk bakar dan kukus, memang sedap.
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan untuk menyukat
- 4 cawan gula
- 2 cawan air biasa
- 1 1/2 cawan marjerin
- 1/2 tin susu pekat
- 2 1/2 cawan tepung gandum biasa
- 4 sudu teh soda bikarbonat
- 12 biji telur saiz sederhana
- 1 penutup botol esen vanila
CARA PENYEDIAAN
- Masak gula dengan api sederhana sehingga cair sepenuhnya. kemudian letakkan sedikit demi sedikit air sambil mengacau sehingga habis 2 cwn.
- letakkan periuk gula hangus tadi dalam bekas berisi air untuk menyejukkannya.
- Cairkan marjerin. biar sejuk
- Pukul telur bersama susu pekat dan esen vanilla.
- Campurkan gula hangus, marjerin cair dan campuran telur. kacau sebati.
- Ayakkan campuran tepung dan soda ke dalam adunan tadi.
- Kacau sebati dan tapiskan adunan ke dalam loyang untuk membakar.
- Bakar suhu 180 C atau kukus selama 1 jam.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.