Resipi daripada kawan. Memang sedap dan lembap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Prune

Resipi daripada kawan. Memang sedap dan lembap.

BAHAN-BAHAN

  • 250g mentega (jenama SCS/Golden Churn)
  • 3 biji telur gred A
  • 1 telur kuning gred A
  • 2 cawan gula pasir (kisar)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu esen vanila
  • 2 sudu serbuk koko
  • **Untuk Prun**
  • 3 1/2 cawan prun (jenama Sunsweet)
  • 2 cawan air
  • 1 sudu soda bikarbonat
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dan gula sampai gula hancur.
  • Masukkan telur, pukul sampai kembang.
  • Tambah vanila, serbuk koko dan tepung.
  • Sambil tu, rebus prun bersama 2 cawan air sampai prun agak-agak kembang dan lembut.
  • Tapiskan prun, asingkan airnya. (Air tu akan diguna untuk tambah dalam adunan nanti).
  • Lenyekkan prun jadi puri. Kemudian, masukkan soda bikarbonat ke dalam prun yang dah dilenyek.
  • Masukkan puri prun tadi ke dalam adunan.
  • Tambahkan 1 cawan air rebusan prun tadi ke dalam adunan.(Kalau tak cukup, boleh tambah air biasa).
  • Bakar pada suhu 175-180 darjah selama 45 minit -1 jam atau boleh dikukus selama 1 jam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN