sedap & wangi kek nih….resepi dari blog noraini

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Mentega Pandan Kelapa

sedap & wangi kek nih….resepi dari blog noraini

BAHAN-BAHAN

  • 270 gm mentega
  • 230 gm gula kastor
  • 5 biji telur B
  • 60 ml santan segar@kotak
  • 1 sudu besar pes pandan (kita guna pandan emulco)
  • 1/4 sk pewarna hijau
  • 240 gm tepung kek (kita guna tepung gandum ayak 2x)
  • 30 gm kelapa kering
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • *** Bahagian atas (topping) ***
  • 40 gm mentega
  • 35 gm gula aising
  • 55 gm kelapa kering
CARA PENYEDIAAN
  • Putar mentega dan gula hingga gebu dan putih selama 10 minit.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
  • Masukkan santan,pewarna hijau dan pes pandan sedikit-sedikit hingga sebati dalam adunan. Tepung diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit sedikit ke dalam adunan diatas diikuti dengan kelapa kering dan gaul sebati.
  • Griskan tin pembakar empat segi atau bulat berukuran 9 inci dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan kek kedalamnya.
  • Untuk membuat toppingnya, pukul mentega dan gula hingga sebati lalu dimasukkan kelapa dan gaul lagi.Taburkan topping diatas adunan mentah tadi.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.
  • *** kita tak sempat nk buat topping, tapi still sedap
  • *** kita bakar dalam 40minit je, bergantung pada oven masing2

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN