Dari kakak sulung, belajar di KEMAS. Teruja nak buat bila tengok dalam Blog Mat Gebu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek lumut – 2

Dari kakak sulung, belajar di KEMAS. Teruja nak buat bila tengok dalam Blog Mat Gebu.

BAHAN-BAHAN

  • 225 gm mentega/butter
  • 100 gm gula halus
  • 5 biji telur saiz A
  • 100 gm horlick
  • 200 ml susu pekat manis
  • 150 gm kaya
  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sk pewarna hijau (ikut suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
  • Masukkan telur satu persatu, diikuti esen vanilla, kacau sebati.
  • Masukkan horlick, susu, kaya satu persatu dikacau sebati.
  • Masukkan tepung diikuti pewarna hijau.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan butter dan sedikit tepung. Tutup loyang dengan foil dan seeloknya diikat keliling loyang. Kukus dalam loyang yang telah dididihkan airnya selama 4 jam.
  • Bila kek telah masak, sejukkan dan kalau suka, bakar dalam oven lebih kurang 10 minit (sehingga naik bau-berhati-hati jangan sampai bau hangit pulak) untuk tahan lebih lama. SELAMAT MENCUBA, pagi tadi bawa ke pejabat, kekawan kata SEDAP.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN