Resepi olahan sendiri. Tekstur kek seperti kek span,ringan dan gebu tdk seperti kek lobak biasa.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lobak dengan kacang pecan,nenas dan kelapa

Resepi olahan sendiri. Tekstur kek seperti kek span,ringan dan gebu tdk seperti kek lobak biasa.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 250 gm tepung kek/superfine
  • 11/2 sdt soda bikarbonat
  • 1/4 sdt serbuk kayu manis
  • Bahan B:
  • 4 biji kuning telur
  • 11/2 cawan minyak jagung
  • 120 gm gula perang
  • 140 gm gula kastor
  • Bahan C:
  • 4 putih telur
  • 1/4 sdt cream of tartar
  • Bahan D:
  • 1 cawan parutan lobak merah
  • 1 cawan kacang pecan/walnut yang dicincang kasar
  • 1/2 cawan nenas kiub yang dicincang kasar
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • Bahan untuk filling dan frosting cream cheese:
  • 250 gm cream cheese
  • 180 gm mentega
  • 1 sdt esen vanilla
  • gula aising ikut kadar kemanisan masing-masing.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan ketuhar pada suhu 175’C. Ayak bahan A dan ketepikan.
  • Putar putih telur (bahan C) dengan mixer sehingga menjadi kental dan bertanduk (soft peak) Biarkan seketika.
  • Kemudian kacau hingga sebati bahan B, apabila telah sebati masukkan sedikit-sedikit tepung (bahan A) gaul rata.
  • Masukkan bahan D, kacau hingga sebati.
  • Ambil 1/4 bahagian putih telur (bahan C) dan campurkan ke dalam adunan kuning telur tadi(bahan B), gaulkan dengan spatula/senduk kayu secara teknik kaup-balik, dan diikuti bakinya. Jangan terlebih mengaul, cukup sekadar semua bahan sebati.
  • Tuang adunan ke dalam loyang berukuran 8×3″ yang telah dialas kertas minyak dan digris dengan mentega.
  • Bakar selama 40-45 minit atau sehingga apabila lidi kek dicucuk ia keluar bersih.
  • Kaedah membuat filling dan frosting cream cheese:
  • Putar cream cheese bersama mentega dan gula aising serta esen vanilla hingga sebati. ***Adunan ini tidak akan menjadi segebu buttercream.
  • Kemudian ambil kek, belah kepada 2 bahagian (boleh juga kepada 3 bahagian.Jika tiada pisau pemotong gunakan benang untuk membelah kek kepada bahagian yang dikehendaki)
  • Ambil sebahagian cream cheese tadi dan sapukan pada kek yang telah dibelah tadi sebagai filling. Bakinya bolehlah dihias pada kek mengikut kreativiti masing-masing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN