Resepi yang ringkas dan cepat
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Lapis Kukus Sri Kaya
Resepi yang ringkas dan cepat
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula perang
- 4 biji telur ayam gred B
- 1/2 tin susu pekat
- 1 tin kecil kaya
- 1 1/2 cawan tepung gandum *
- 4 sudu besar koko(optional)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil krim tatar *
- 1 sudu kecil soda bikarbonat *
- Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning
CARA PENYEDIAAN
- Pukul gula perang dan marjerin hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
- Ayak bahan bertanda *
- Masukkan susu pekat, kaya, esen vanila ,dan bahan * yang diayak tadi. Pukul adunan sebati dan bahagikan kepada empat bahagian. Warnakan adunan dengan warna merah, hijau, koko dan kuning.
- Tuangkan adunan di dalam acuan secara berselang-seli dan kukus selama 10 minit setiap bahagian.
- Untuk mengelakkan kek menjadi mendap, balut permukaan loyang dengan aluminium foil.
- Selepas ituuntuk lapisan terakhir kukus selama 25 minit
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.