Penggemar Rasa Masam Manis

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis Jawa Manis

Penggemar Rasa Masam Manis

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji telur ( asingkan putih dan kuning )
  • 300gm Gula Halus
  • 450gm Mentega
  • 160gm Tepung Biskut Marie ( Biskut Marie yang di kisar jadi serbuk )
  • 50 gm tepung gandum
  • 50gm serbuk santan
  • 1 s/t baking powder
  • 1 s/t esen vanila
  • 1 tin rendah susu pekat
  • Pewarna merah, hijau atau kuning
  • 4 sudu makan asam jawa Extra (Adabi)
  • 150gm gula
  • ¼ cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit
  • Pukul mentega hingga kembang
  • Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga kembang
  • Masukkan susu, baking powder dan vanila. Pukul lagi.
  • Masukkan tepung dan kacau perlahan-lahan
  • Campur sebati asam jawa, gula dan air (boleh tambah gula jika mahu lebih manis)
  • Bahagi kpd 3 bahagian. 1 bahagian di masukkan pewarna hijau, 1 bahagian masukkan warna merah dan satu lagi bahagian di masukan pewarna kuning. Lebihkan bahagian warna kuning sebanyak 3 senduk.
  • Lapis adunan warna kuning dulu sebanyak 2 senduk dan kukus selama 15mt. bila masak sapukan bancuhan asam jawa di atasnya.
  • Masukkan adunan warna merah sebanyak 1 senduk dan kukus selama 10 mt. bila masak, tekan sedikit supaya permukaan menjadi rata barulah sapukan bancuhan asam jawa di atasnya.
  • Ulang langkah 7 sehingga habis semua warna
  • Lapisan terakhir sebaik-baiknya warna kuning dan dimasukkan sebanyak 2 senduk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN