Tiba-tiba idea muncul selepas tekanan tahap dewa-dewi. Tapi, resipi asal aiskrim daripada Puan Asiah Samsudin (pakar masakan Johor). Terima kasih.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Lapis Aiskrim
Tiba-tiba idea muncul selepas tekanan tahap dewa-dewi. Tapi, resipi asal aiskrim daripada Puan Asiah Samsudin (pakar masakan Johor). Terima kasih.
BAHAN-BAHAN
- 1 biji kek span berperisa vanila berukuran 5 x 10 inci
- Bahan-Bahan Aiskrim:
- 270 g serbuk Coffeemate
- 2 cawan susu segar (500 ml)
- 60 g gula halus
- 1 camca teh emulco strawberi (atau apa-apa perisa ikut kegemaran masing-masing)
- Bahan Lain:
- Pembalut plastik (‘cling film’)
- Tin kek berukuran 10 x 5 inci
CARA PENYEDIAAN
- Untuk kek, sila rujuk resipi ‘Jelly Fruit Cake’, kemudian bakar dalam acuan berukuran 10 x 5 inci (digris dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas) pada suhu 175C, selama 25 minit. Bila masak, sejukkan kek di atas redai.
- Aiskrim: Satukan kesemua bahan untuk aiskrim dalam satu bekas kecuali perisa. Kacau menggunakan pengacau hingga sebati. Simpan dalam peti sejuk (tempat pembeku) selama 4 jam.
- Sementara itu, bahagikan kek kepada tiga bahagian. Gunakan pisau bergerigi untuk mengelakkan kek hancur.
- Setelah 4 jam. Keluarkan bancuhan aiskrim tadi dan masukkan ke dalam pengadun. Putar dengan kelajuan tinggi selama 10 minit. Tambah perisa dan putar lagi 5 minit hingga adunan menjadi pekat, seakan-akan ‘meringue’.
- Alaskan plastik ke dalam acuan tin kek tadi (biar lebih besar dari tin supaya senang untuk membungkus kek). Letak sekeping kek pada dasar tin yang telah beralas.
- Tuang sebahagian adunan aiskrim tadi, ratakan.
- Ulangi langkah sama untuk bahagian seterusnya dan diakhiri dengan lapisan terakhir kek. Maaf dalam gambar tu bahagian bawah kek, jadi tak cun sangat.
- Bila selesai, bungkus kek dengan lebihan plastik yang kita guna untuk melapis tin tadi dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 8 jam atau semalaman.
- Bila aiskrim betul-betul beku, bolehleh kita makan untuk diisi ke dalam tekak masing-masing. Oh ya, lupa nak pesan: kalau tak mahu lapis dengan kek, makan macam aiskrim biasa pun boleh. Lepas putar tu simpan dalam bekas dan bekukan. Boleh juga dimakan dengan roti. Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.