Resipi sendiri (selepas beberapa percubaan). Bahan2 nye simple tapi kek nye yummy and moist.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Kelapa

Resipi sendiri (selepas beberapa percubaan). Bahan2 nye simple tapi kek nye yummy and moist.

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepung self-raising/tepung kek + 1 sudu kecil baking powder (di ayak)
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 1/2 cawan gula castor
  • 1 3/4 cawan air
  • 1 paket santan segera (serbuk – 50g)
  • 1/2 cawan vegetable oil
  • 2 biji telur
  • 2-3 titik perasa pandan
  • Pewarna (ikut pilihan masing2)
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan bahan-bahan kering ( tepung, kelapa kering, garam, gula) hingga sebati.
  • Masukkan bahan-bahan basah (serbuk santan, air, vegetable oil, telur, perasa pandan) dlm blender/food processor dan blend hingga sebati.
  • Masukkan adunan yang telah di blend ke dalam adunan tepung, gaul perlahan-lahan hingga sebati.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna. (Saya guna 3 warna – coklat, merah & hijau)
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar dalam pre-heated oven (170 C) sehingga masak (~30 minit)
  • Versi cupcake – bakar dlm cupcake pan (size sederhana) ~ 12-15 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN