resipi daripada Noraini Zakaria (kompilasi hidangan kek) dan telah diubah suai.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
KEK KEJU
resipi daripada Noraini Zakaria (kompilasi hidangan kek) dan telah diubah suai.
BAHAN-BAHAN
- Lapisan Bawah :
- 1 cawan biskut krim kraker (hancurkan)
- 3 sudu besar mentega
- 3 sudu besar gula
- – campur semua bhn ni dan padatkan dalam acuan, bakar lebih kurang 10 minit.
- Lapisan Atas :
- 250gm krim keju
- 50gm gula kastor
- 50gm air susu ( boleh guna susu segar, susu cair, susu UHT @ air suam yg dibancuh dgn susu tepung)
- 50gm mentega
- 3 biji kuning telur
- 5 sudu makan tepung jagung
- Bahan B :
- 40gm gula kastor
- 2 biji putih telur
- 1/4 sudu teh serbuk krim tartar
- – satukan bhn ini dan pukul hingga gebu dan kental (klu diterbalikkan mangkuk ke bawah ia xjatuh)
CARA PENYEDIAAN
- 1. pukul krim keju, gula kastor,mentega dan tepung jagung sehingga kembang.
- 2. kemudian masukkan air susu dan kuning telur, pukul lagi sehingga sebati dan berkrim.
- 3. kemudian, masukkan bahan B yg sudah dipukul tadi dan gaul perlahan2 sehingga sebati. selepas itu tuang adunan ke atas biskut yang telah dibakar.
- 4. sediakan acuan yg besar daripada acuan tadi dan isikan air 1/4 penuh. masukkan acuan kek ke dalamnya dan bakar selama 1 1/2 jam pada suhu 160 darjah.
- 5. sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. hiaslah dengan krim putar @ topping kegemaran seperit jem blueberry dsbgnya….
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.