kawan2 minta kak jah buat, so cari resepi dari mat gebu n dari web lain. nampak hasilnya ok, bila disapukan cheese topping lagi emmmmmm…sedapnyeeee.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek karot

kawan2 minta kak jah buat, so cari resepi dari mat gebu n dari web lain. nampak hasilnya ok, bila disapukan cheese topping lagi emmmmmm…sedapnyeeee.

BAHAN-BAHAN

  • bahan kek:
  • 5 putih telur (pukul hingga tidak menitis)
  • 5 kuning telur
  • 250 g butter (1 ketul)
  • 200 g gula halus
  • 200 g tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 4 sudu makan air oren
  • 80 g kismis (rendam dengan air oren)
  • 60 g kacang walnut panggang dipatah2kan
  • 180 g lobak di parut kasar
  • 1 sudu teh vanilla
  • tin pembakar empat segi 10″x10″.
  • bahan topping keju:
  • 250 g krim keju
  • 1/2 ketul butter
  • 1 cawan gula icing
CARA PENYEDIAAN
  • pukul kuning telur bersama gula, butter, ketepikan
  • masukkan tepung yang sudah di ayak dengan baking powder dan soda bikarbonat hingga sebati.
  • masukkan putih telur yang telah kembang, kaup dan balikkan hingga bersatu.
  • masukkan semua bahan lain, kacau sedikit.
  • masukkan adunan ke dalam tin pembakar yang telah di alas dengan kertas dan sapu sedikit butter ditepinya.
  • bakar dengan suhu 175 C, selama 45 minit.

    Bila sudah sejuk baru sapukan topping.

  • Cara membuat topping:
  • putar semua bahan topping bersama hingga gebu dan agak putih, sapukan di atas kek.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN