Kek yang sangat lembut bak baldu..enak dimakan sejuk.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Karemel Baldu

Kek yang sangat lembut bak baldu..enak dimakan sejuk.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan karemel* – 3 camb gula pasir + 2 camb air. (buat gula hangus – dan masukkan terus ke dalam loyang yg telah disapu mentega kelilingnya)
  • Bahan Puding*.
  • 1 cawan susu cair
  • 60g gula kastor
  • 1/2 camt esen vanila
  • 3 biji kuning telur
  • Kacau rata semua bahan puding dan tapiskan ke dalam loyang karemel
  • Lapisan kek*(Bahan A) – 140g tepung gandum + 1 camt baking powder (ayak bersama)
  • – 60g gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135ml air
  • 50ml minyak jagung
  • (Bahan B) – 6 biji putih telur *jgn ada sedikitpun yg kuning
  • 60g gula kastor
  • 1 camt krim of tar-tar
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Putar bahan A kecuali tepung hingga kembang.
  • Masukkan tepung+ baking powder sedikit2 ke dalam adunan dan kacau rata.
  • Putar bahan B hingga kental dan gebu – jika di angkat tak jatuh.
  • Satukan B ke dalam adunan A kacau rata saja (kaup balik)
  • Bahagikan beberapa warna disukai
  • Tuang ke dalam loyang berisi puding perlahan berselang-seli warna ikut suka.
  • Bakar kaedah bain marie suhu oven 160’C * (45 minit bakar api bawah sahaja & 15 minit api atas bawah)
  • Bila sejuk kek akan mengecut sendiri terbalikkan.bolehlah dihidangkan untuk keluarga..Jika nak lebih sedap lagi simpan sekejap dalam peti ais…emmm
  • * Jika guna pes pandan – 1 bahagian pes dan 1 lagi biar kosong. -Jadi kek karemel pandan
  • * Begitu juga jika guna pes strawbery- jadi kek karemel strawbery, emulco coklat – jadi kek karemel coklat dll …Selamat mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN