Sumber resepi dari chetam. Sekali buat. Alhamdulillah menjadi jugak. Katanya adunan kek gula hangus tu kena perap dulu selama 3-4 jam sebelum bakar untuk mewujudkan sarang pada kek tu nanti. Cuma kek yang saya buat ni tak sempat nak perap.. hehe.. :D

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Gula Hangus

Sumber resepi dari chetam. Sekali buat. Alhamdulillah menjadi jugak. Katanya adunan kek gula hangus tu kena perap dulu selama 3-4 jam sebelum bakar untuk mewujudkan sarang pada kek tu nanti. Cuma kek yang saya buat ni tak sempat nak perap.. hehe.. :D

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  • Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  • Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  • Pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat.
  • Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung bersama soda. Sebatikan.
  • Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  • Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  • Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN