Musim durian ni, mari pelbagaikan resipi dari durian

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Durian Cendanakasih

Musim durian ni, mari pelbagaikan resipi dari durian

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 2 cawan tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Bahan B
  • 1 cawan isi durian
  • 1/2 cawan minyak jagung /minyak masak
  • 1/4 cawan susu segar/cair
  • Bahan Lain
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
  • 1 sudu kecil ovalet
  • 1 sudu teh esen vanila/durian emulco
  • kepingan badam untuk ditabur(kalo suka)
  • sedikit pewarna kuning (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat
  • Pukul putih telur sampai kental
  • Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula hingga kembang
  • Masukkan Bahan B dalam blender dan blend sampai halus
  • Kemudian masukkan bahan yang diblender tadi ke dalam adunan kuning telur yang dipukul. Gaul rata
  • Masukkan ovallet,esen vanila dan pewarna kuning diikuti dengan tepung sedikit demi sedikit
  • Masukkan pula putih telur tadi, sedikit demi sedikit sambil dikaup balik
    dengan menggunakan spatula
  • Adun rata, kemudian masukkan ke dalam loyang yg dialas dan disapu minyak.
  • Tabur badam. Bakar pada suhu 180’c selama 30-40 minit (bergantung kepada oven)
  • SELAMAT MENCUBA . Kek ni gebu dah lembut, sure tak jadi macam bingka !!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN