Kek coklat simple tanpa telur. Kek coklat yang umie rasa paling murah dan mudah dibuat! Hasilnya juga memuaskan… lembap…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Simple Tanpa Telur

Kek coklat simple tanpa telur. Kek coklat yang umie rasa paling murah dan mudah dibuat! Hasilnya juga memuaskan… lembap…

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula kastor
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • (Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)
  • 2 cawan air
  • 2/3 cawan minyak masak
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh esen vanila
  • (Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan)
  • Coklat urai (untuk hiasan atau apa-apa yang disukai)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan).
  • Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan marjerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi, keluar dengan bersih).
  • Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehlah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN