Resepi yang senang, guna cawan ..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Moist

Resepi yang senang, guna cawan ..

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan mentega/marjerin
  • 1 3/4 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 2 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam
  • Untuk lapisan atas (‘topping’):-
  • # 175 gm coklat masak dicincang
  • # 75gm krim putar
  • # 1 sudu besar mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam dalam satu bekas. ketepikan.
  • Dalam bekas lain, pukul mentega/marjerin dengan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur satu-satu dan esen vanila. Pukul.
  • Masukkan campuran tepung diselang-seli dengan susu segar. Masukkan ke dalam loyang yang dialas dan digris.
  • Bakar lebih kurang 40-50 minit (bergantung kepada oven). Biar sejuk sebelum letak lapisan atas.
  • Cara membuat lapisan atas:
  • Masukkan semua # ke dalam periuk. Masak atas api perlahan hingga mendidih. Angkat.
  • Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Kacau sekali sekala hingga pekat. Bolehlah disapu pada kek.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN