Resipi asal dari Kak Nina FP tapi saya sudah ubahsuai sikit.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Mocha Kukus

Resipi asal dari Kak Nina FP tapi saya sudah ubahsuai sikit.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 250 mentega Buttercup
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan coklat masakan (dikisar)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar atau susu cair
  • 1 bungkus campuran kopi segera 3 dalam 1 (saya pakai Kopi Radix)
  • 3/4 cawan susu pekat
  • Bahan Lain:
  • 3 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • *1 1/2 cawan tepung halus (tepung gandum pun boleh)
  • *1 sudu teh serbuk penaik
  • *1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Bahan yang bertanda *, diayak bersama
  • Hiasan Atas (maaf ya, saya tiada anggaran yang tepat):
  • Coklat masakan
  • Susu pekat
  • Mentega
  • Susu cair
  • Nestum (untuk tabur)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan pengukus. Isi air, biar menggelegak.
  • Kek: Cairkan semua Bahan A menggunakan api sederhana. Kacau perlahan-lahan hingga semuanya sebati. Ketepikan, biarkan suam.
  • Pukul telur dan esen vanila hingga kembang. Masukkan adunan koko yang dicairkan tadi.
  • Masukkan bahan ayak, kaup balikkan perlahan-lahan menggunakan spatula atau pengacau. Sebatikan.
  • Tuang ke dalam loyang. Tutupkan loyang dengan kain bersih atau lapisan aluminium (untuk elakkan wap air masuk dalam adunan). Kukus selama lebih kurang 1 jam atau sehingga masak.
  • Hiasan Atas: Masak semua bahan hiasan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
  • Tips: Untuk tahan lebih lama, biarkan kek sejuk sebentar dan bakar dalam oven selama 5 minit atau lebih, pada suhu yang rendah.
  • Tuangkan campuran hiasan atas ke atas kek sebelum dihidang. Selamat mencuba!
  • Jika kek baru keluar dari peti sejuk, lebih sedap dipanaskan terlebih dahulu menggunakan ketuhar. Sedap dimakan ketika kek masih panas – sebab kek lembut!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN