untuk yang baru nak belaja macam saya..asik frust jek kek coklat tak menjadi. kali ni InsyaAllah jadi….
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
kek coklat kukus mudah
untuk yang baru nak belaja macam saya..asik frust jek kek coklat tak menjadi. kali ni InsyaAllah jadi….
BAHAN-BAHAN
- Bahan A
- 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat
- Bahan B
- 11/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 biji telur (suhu bilik)
CARA PENYEDIAAN
- Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. (sy guna cawan ni utk ukuran semua bahan. baru belaja lg ni)
- Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
- Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
- Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
- Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
- kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
- angkat … tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.