Kek Coklat Basah

Sesuai untuk ‘hantu’ coklat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Basah

Sesuai untuk ‘hantu’ coklat.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A :-
  • 1 cwn air
  • 1/2 cwn serbuk koko Van Houten
  • 1/4 cwn gula pasir
  • Bahan B :-
  • 250gm Buttercup
  • tepung kek + susu tepung = 2 cwn
  • 5 biji telur —> asingkan putih & kuning
  • 3/4 cwn gula icing (gula castor pun boleh)
  • sedikit badam
  • sedikit esen vanilla & perisa rose
  • Hiasan : –
  • 100 – 150 gm coklat masakan
  • sedikit minyak masak
  • sedikit badam / coklat @ colourful rice (pilihan)
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan A : satukan dlm satu periuk. Masak ats api kecil @ sedehana. Pastikan ianya likat & sejukkan. Sambil2 tuh boleh lenserkan bekas acuan dan kertas minyak dengan merjerin. Ketepikan.
  • Asingkan putih & kuning telur. (Pastikan kuning telur tak termasuk dalam putih telur, walau sedikit. Nanti ‘meringue’ tak jadi. ) —>utk elak @ hilangkan hanyir putih telur, buangkan ‘mata’ yang terdapat dlm putih telur tu.
  • Pukul putih telur hingga kembang/menjadi putih, ketepikan.(guna mixer @ guna whisk pun ble). (kalau diterbalikkan, ia tak jatuh dr bekas,bermakna ia dah cukup kembang)
  • Masukkan butter,gula, esen vanilla & perisa rose ke dlm mixer. Putar hingga kembang.
  • Ketika mixer masih on, masukkan kuning telur sikit demi sedikit hingga hbs kedalam bahan2 tadi (step 4).
  • Kluarkan adunan tadi dr mixer…masukkan badam (kalau suka),gaul sebati.
  • Satukan Tepung Kek & Susu Tepung, ayak. Kemudian, masukkan tepung nie ke dalam bahan2 tadi yg diputar tadi berselang seli dengan Bahan A tadi.
  • Masukkan putih telur tadi, gaul hingga adunan semua sebati. Tuang dlm bekas acuan kek. Bakar hingga masak (30 – 40 minit). Sejukkan atas redai.
  • Hiasan : Cairkan coklat masakan dengan kaedah ‘double boiler’, masukkan sedikit minyak masak.(tuk bagi ia berkilat). Tuang coklat nie atas kek yg telah sejuk tadi. Boleh hiaskan dengan coklat @ colour rice @pun badam.
  • ** kalau rajin boleh potong kek kepada dua lapisan. Then tuang coklat masakan tadi. Lapiskan semula. Past tuh ikut semula step last tadi…. Selamat mencuba…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago