Bagaimana cara nak masak Kek Buah Kukus Manja?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Buah Kukus Manja
Bagaimana cara nak masak Kek Buah Kukus Manja?
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan air panas
- 1 cawan mentega
- 2 cawan tepung superfine (diayak)
- 1 sudu teh baking powder (diayak)
- 1 sudu teh soda bikarbonat (diayak)
- 1 cawan buah-buahan campuran
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 5 sudu makan jus oren Sunquick
Bahan A
Bahan B
Bahan C
CARA PENYEDIAAN
- Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
- Didihkan air kukusan dengan api sederhana.
- Panaskan gula perang di dalam kuali non-stick sehingga cair. Masukkan air panas dan kacau sehingga larut dan mendidih. Padamkan api.
- Masukkan mentega. Kacau sehingga mentega larut dan sebati. Sejukkan.
- Masukkan semua bahan B di dalam mangkuk besar.
- Kacau rata telur, esen vanila, dan jus oren Sunquick di dalam mangkuk kecil.
- Masukkan bancuhan telur ke dalam mangkuk berisi tepung dan buah-buahan campuran. Kacau rata dengan senduk kayu.
- Masukkan air gula dan kacau rata sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang. Tutup permukaan loyang dengan plastik nipis ataupun aluminium foil.
- Kukus selama dua jam.
- Sejukkan dan potong dengan pisau tajam bagi mendapatkan potongan kek yang cantik.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.