Resepi olahan sendiri. mudah. Selamat mencuba!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek 3 rasa
Resepi olahan sendiri. mudah. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN
- 250 gram tepung naik sendiri
- 175 gram gula halus
- 175 gram butter (majerin pon boleh)
- 3 biji telur
- 3 sudu besar susu segar
- untuk rasa dan pewarna:
5 sudu besar parutan strawberry
(beberapa titis pewarna merah) - 2 sudu besar parutan kulit oren (beberapa titis warna kuning)
- 1 sudu kecil esen vanilla (beberapa titis warna hijau)
- (rasa dan warna boleh ubah ikut citarasa)
CARA PENYEDIAAN
- Ayakkan tepung
- di dalam mangkuk laen, putarkan butter dan gula sehingga kembang
- masukkan telur sebiji demi sebiji. kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung dan dimasukkan sekali dengan susu segar.
- asingkan sama rata kepada 3 bahagian. bahagian pertama, masukkan parutan strawberry dan pewarna merah. gaul hingga sebati. bahagian kedua, masukkan parutan kulit oren. gaul sehingga sebati. bahagian ketiga, masukkan esen vanilla dan gaul sehingga sebati.
- Jika adunan kek agak pekat, masukkan susu untuk mengawal kepekatan dan kecairan adunan kek tersebut.
- panaskan oven 160 degree. kemudian masak dalam jangka masa 20 minit untuk setiap adunan atau sehingga kek masak.
- setelah masak, biarkan sejuk. selepas itu, bolehlah hias dengan cream cheese frosting atau dengan whipping cream.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.