simple je nak buat. teringin sgt nak mkn karipap tp mane nak beli. so buat la sndri guna apa yg ada… hee
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
karipap sardine+kentang bakar simple
simple je nak buat. teringin sgt nak mkn karipap tp mane nak beli. so buat la sndri guna apa yg ada… hee
BAHAN-BAHAN
- *utk inti:
- 1.bwg putih 2 ulas, bwg merah sebijik (kisar/cincang)
- 2.sardine 1 tin kecil
- 3.cili boh sesudu, serbuk kari 5 sudu atau lebih.
- 4.sebijik kentang di potong dadu
- 5.cube ayam(optional),garam, gula, air secukup rasa
- *utk kulit:
- 1.secawan tepung gandum
- 2.5 sudu minyak masak yg telah dipanaskan
- 3.garam 2 cubit
CARA PENYEDIAAN
- untuk inti: tumis bawang yg dikisar/cincang sampai naik bau. kemudian masukkan cili boh. apabila sudah garing,masukkan serbuk kari… selepas beberapa saat bila kari dah campur dgn bahan lain, masukkan cube ayam dan sardine bersama kuahnya skali.kemudian terus masukkan kentang.tambahkan air sedikit untuk melembutkan kentang. tutup periuk. tambah garam dan gula secukup rasa. jangan sampai kentang terlalu lembik.
- utk kulit: uli tepung dan minyak. masukkan air sedikit demi sedikit. jgn sampai terlebih air. apabila sudah tiada tepung melekat di tgn, maksudnya dough dah siap.
- kulit boleh di buat kepada mcm2 bentuk. roll kan tepung td (sy guna gelas je). then kalau ssh nak lipat hujung karipap mcm org biasa buat tu, tekan guna garpu je.
- then masuk oven suhu 180c atau 350f… sehingga warna kekuningan….
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.