Resipi pembantu rumah (Indonesia).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Karipap Mudah

Resipi pembantu rumah (Indonesia).

BAHAN-BAHAN

  • Kulit Karipap:
  • 1 kg tepung gandum
  • 300 gram marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • Inti Karipap:
  • 500 gram ubi kentang (buang kulit dan belah 4)
  • 250 gram isi ayam (potong kecil-kecil)
  • 1 peket kecil serbuk kari ayam Baba’s (boleh lebihkan kalau suka)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • Setangkai daun kari
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng
  • Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Adunkan bahan-bahan kulit karipap hingga menjadi doh. Uli sampai benar-benar lembut. Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga naik baru. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam bawang yang ditumis tadi. Kacau seketika.
  • Tambahkan sedikit air dan masukkan kentang yang telah direbus tadi bersama ayam. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Masak hingga kering. Angkat dan lecekkan inti ini. Jangan terlalu halus.
  • Ulikan doh dan canaikan sederhana nipis. Terapkan acuan karipap. Masukkan inti ke dalam kulit yang telah diterap. Tutupkan acuan. Keluarkan karipap dan kelimkan tepinya. Buat hingga habis adunan.
  • Panaskan minyak. Goreng karipap hingga masak dan garing. Sedia untuk hidangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN