Resepi yang mak selalu buat kalau masak siput sedut.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Siput Sedut dengan Nenas

Resepi yang mak selalu buat kalau masak siput sedut.

BAHAN-BAHAN

  • 500g siput sedut
  • 6 biji bawang merah( 3 biji tumbuk & 3 biji dimayang halus)
  • 1 paket kecil (26g) rempah adabi (nama rempah tu kari udang, ketam & ikan kering)
  • 1 biji nenas
  • 500 ml santan
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • 3 biji bawang merah yang ditumbuk campurkan bersama 1 paket rempah jadikan pes.
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah yang dimayang halus sehingga naik bau.
  • Masukkan pes rempah. Goreng sehingga rempah tu masak (naik minyak.)
  • Kemudian masukkan siput, gaul rata. Biarkan seketika supaya rempah masuk kedalam siput.
  • Masukkan santan kemudian masukkan pula nenas biarkan mendidih.
  • Jangan lupa masukkan garam, kalau suka bahan perasa masukkan ler.
    Dah masak sedia dimakan dengan nasi

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN