Sedap dimakan dengan nasi, roti canai, roti paun dan lempeng tepung

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Rebung Dengan Udang

Sedap dimakan dengan nasi, roti canai, roti paun dan lempeng tepung

BAHAN-BAHAN

  • 600 g udang galah (boleh guna udang jenis besar yang lain), dibersihkan, cuci dan tos.
  • 400 g rebung
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 1 camca besar kerisik
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 camca besat rempah kari ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 7 biji bawang merah kecik
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 4 biji cili merah
  • 2 biji buah keras (optional)
  • 1 kiub pati ikan bilis “MAGGI”
  • BAHAN UNTUK DITUMIS :-)
  • 3 biji bawang merah kecil, hiris halus
  • 2 biji bawang putih, hiris halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 camca teh halba
CARA PENYEDIAAN
  • Celur rebung 3/4 lembut. Toskan dan kelar halus2 tapi jgn putus (seperti dalam gambar). Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi, masukkan bahan kisar halus, serbuk lada hitam dan serbuk kari, kacau rata dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  • Masukkan rebung dan udang, gaul rata dan masak sekejap. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih masukkan kerisik dan pati santan. Kacau rata. Biar mendidih atas api perlahan.
  • Perasakan dengan garam dan gula (jika perlu). Biar mendidih lagi 2 – 3 minit atau hingga rebung lembut. Rasa kuahnya jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam2man..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN