Resepi yang dicipta sendiri oleh saya dan bolehlah kita berkongsi bersama

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Ketam Bertelur

Resepi yang dicipta sendiri oleh saya dan bolehlah kita berkongsi bersama

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg Ketam Bunga.
  • 2 biji telur ayam.
  • 4 sudu besar rempah kari.

  • 2 labu bawang merah.

  • 2 labu bawang putih.

  • 1 batang serai.

  • 1 tangkai daun kari.

  • 4 sudu minyak masak.

  • 1 cawan air.

CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ketam dan dipotong sesuka hati kemudian asingkan.
    Mayam bawang merah dan bawang putih serta titik serai hingga pecah.

  • Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bawang merah bawang putih daun kari dan juga serai. setelah garing dan naik bau, masukkan ketam yang telah dibersihkan tadi dan kacau sebentar. Tutup kuali tersebut dan biarkan ketam tersebut masak sambil mengacau sekali sekala.

    Setelah ketam tersebut masak tuangkan secawan kecil air dan biarkan ianya mendidih seketika. Tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa secukup rasa bagi menaikkan lagi rasa ketam tersebut. Kemudian taburkan terus rempah kari kedalam kuali tersebut dan kacaulah hingga benar benar sebati dengan ketam tersebut.

  • Pecahkan terus 2 biji telur kedalam kuali tersebut dan teruslah mengacau sehingga telur tersebut masak. dan kemudia bolehlah diangkat dan terus hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN