Memang sedap. Resepi orang utara. Tumis darat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Ikan Masin

Memang sedap. Resepi orang utara. Tumis darat.

BAHAN-BAHAN

  • 12 ketul ikan talang masin (ikan masin apa-apa pun boleh)
  • 3 biji terung bulat dibelah 4
  • 4 sudu serbuk kari daging
  • 1 serbuk cili kering (cili boh pun boleh)
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu halba campur
  • Sedikit bunga lawang dan cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit daun kari
  • 1 asam keping
  • 1 biji bawang besar dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1/2 inci halia dimayang halus
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • Sedikit minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak, masukkan daun kari, halba campur, bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis. Masak 1-2 minit.
  • Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk cili. Letakkan sedikit air. Kacau sehingga naik minyak. Setelah rempah tadi garing masukkan sedikit air dan santan. Masak 3-4 minit.
  • Masukkan ikan masin, masak dengan api perlahan sehingga 4 minit kemudian masukkan terung. Tunggu sehingga terung tadi lembut kemudian masukkan asam keping, serbuk perasa dan sedikit garam (jika perlu).
  • Di kuali yang lain goreng halia,bawang besar dan bawang putih sehingga garing dengan minyak yang sedikit kemudian masukkan kesemua bahan tadi bersama minyak ke atas kari yang telah dimasak itu tadi. Siap untuk disantap.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN