Diambil dari thaifood.about.com

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Hijau Thai (Thai Green Curry)

Diambil dari thaifood.about.com

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Utk Blender (utk buat pes kari hijau)
  • 2-3 btg serai dihiris halus
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1-3 cili hijau (jika nk pedas, blh tmbh lagi)
  • 5-6 biji bawang merah
  • Halia sebesar ibu jari (dihiris)
  • 1/2 cawan daun ketumbar segar (dicincang kasar)
  • 1/2 cawan daun selasih segar (basil leaves)
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil belacan
  • 1 sudu besar jus limau nipis / kasturi
  • 1 sudu kecil gula perang / gula biasa
  • 1/4 cawan santan kelapa
  • 1/2 – 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci – 1 inci lengkuas (dihiris)
  • Bahan-Bahan Lain
  • 1/2 ekor ayam (dipotong)
  • Daun limau purut
  • Santan kelapa
  • Air suam
  • Air stok ayam (optional)
  • Bahan-Bahan Sayur (boleh ikut selera sendiri)
  • Lada benggala hijau & merah (potong dadu)
  • Kacang panjang / Kacang buncis (hiris serong)
  • Tomato (dibelah 2 atau 4)
  • Terung (potong sederhana – jgn terlalu nipis)
  • * Boleh juga letak kentang
  • * Sukatan dan ukuran semua bahan-bahan boleh diubah ikut selera dan kesesuaian masing-masing. Jgn takut jadi kreatif dalam masakan.
CARA PENYEDIAAN
  • Dengan api sederhana, panaskan kuali dengan minyak & tumis pes kari tadi sampai naik bau wangi. Kemudian masukkan santan kelapa & kacau sebati.
  • Masukkan ayam dan kacau sebati. Kemudian masukkan daun limau purut. Jika kurang air, tambah santan / air stok ayam . air suam. Kacau sebati. Tutup kuali dan biarkan mendidih. Kacau sekali sekala.
  • Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan bahan-bahan sayur. Tomato boleh dimasukkan akhir sekali kerana ia cepat hancur jika dimasak terlalu lama. Kacau selama 10 minit atau sehingga sayur masak. Jika rasa kuahnya kurang, boleh tmbh sedikit garam / ajnomoto / gula.
  • Padam api dan kari sudah siap untuk dihidangkan. Hiaskan dengan daun ketumbar & hirisan limau nipis.
  • Tips: Kalau bahan-bahan blender tadi tu byk sgt, boleh simpan dulu dalam peti ais. guna sukatan yang sesuai dan cukup dgn nilai ayam yang kita nk masak. Kang klau byk sgt, jadi lain lak rasa nyer nanti.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN