Untuk roti jala atau menu utama harian. Boleh juga di gantikan dengan ayam jika suka.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Daging

Untuk roti jala atau menu utama harian. Boleh juga di gantikan dengan ayam jika suka.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ½ kg daging
  • 125 ml minyak
  • 5 labu bawang merah – dicincang halus
  • 12 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga (ambil bijinya)
  • 4 tangkai daun kari
  • 70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air, jadikan pes
  • 1 liter santan cair
  • 500 ml santan pekat
  • 3 biji ubi kentang besar (dikupas dan dihiris kasar)
  • Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
  • Panaskan minyak di dalam periuk.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
  • Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
  • Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
  • Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
  • Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
  • Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
  • Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat, gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak, angkat dari api.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN