cepat & mudah disediakan :D

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Asam Pedas

cepat & mudah disediakan :D

BAHAN-BAHAN

  • Seekor ikan sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5
    (Boleh guna ikan patin, ikan tenggiri, ikan merah, pari dsb nya)
  • 1 biji bawang besar, dimayang
  • 3 biji bawang putih, diketuk
  • 2 inci halia, diketuk
  • 1/2 ibu jari belacan
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1/2 inci lengkuas, dihiris nipis
  • 1 sudu besar halba campur
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari, dibancuh dengan sedikit air
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Garam & gula secukup rasa
  • 2 pelepah daun kari
  • 3 tangkai daun kesum
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan dan halba campur hingga naik minyak. Masukkan daun kari dan kacau.
  • Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
  • Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.
  • Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesum.
    Perasakan dengan garam & gula.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN