Resipi dari makcik. Teramat mudah untuk dimasak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Karamel Mudah

Resipi dari makcik. Teramat mudah untuk dimasak.

BAHAN-BAHAN

  • 7 biji telur (saiz medium)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 tin @ 350g susu cair (saya guna susu cair IDEAL)
  • 1 penutup botol esen vanila
  • Gula hangus: 2 cawan gula halus + 1/2 cawan air
  • Cawan puding secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Susu cair, telur dan gula dipukul hingga semua sebati.
  • Setelah sebati masukkan esen vanila.
  • Masak gula hangus iaitu 2 cawan gula + 1/2 cawan air. Masa masak kena kacau selalu supaya tidak terlalu hangus.
  • Bila gula tadi dah nampak kekuningan atau perang sedikit terus tutup api.
  • Masukkan satu sudu gula hangus ke dalam cawan puding dan masukkan pula adunan susu cair, telur, gula dan esen vanila ke atas gula hangus. Ulang hingga habis.
  • Sebelum kukus pastikan air kukusan sudah mendidih. Maknanya masa nak mula buat karamel ni dah mula panaskan air kukusan tu. Kukus adunan tadi selama 10 minit. Bila dah masak, biarkan ia suhu bilik dulu baru masukkan ke dalam peti ais untuk rasa lebih sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN