Masakan sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kangkung Hati Sayang

Masakan sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ikat kangkung
  • 3 ketul hati ayam (dipotong kecil)
  • 3 ketul pedal ayam ( dipotong kecil juga)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk @ hiris halus)
  • 1 labu bawang merah (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris halus)
  • 2 -5 biji cili api (dihiris halus @ tumbuk) – nak pedas boleh isi lagi ikut selera sendiri lah ye
  • Garam, bahan perasa dan kicap manis sesedap rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Kangkung dipotong dan dibasuh bersih dan toskan. Ketepikan dahulu.
  • Hati ayam dan pedal ayam yang telah dipotong juga perlu dibasuh bersih.
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan cili api sehingga garing atau naik baunya.
  • Masukkan hati dan pedal ayam. Gaulkan dan sehingga ianya empuk.
  • Kemudian masukkan garam, bahan perasa, kicap sesedap rasa, gaulkan sebati.
  • Bolehlah masukkan kangkung tadi dan boleh tambahkan sedikit air. Biarkan sehingga kangkung masak. Boleh lah dihidangkan dan makan dengan keluarga.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN